Yang Diperlukan Untuk Turunkan Berat Badan

Untuk menurunkan berat badan, anda tidak perlu mengira kandungan kalori untuk setiap makanan yang anda ambil. Anda tidak perlu tinggalkan kumpulan makanan yang tertentu seperti nasi, daging dan lain-lain lagi. Anda boleh makan semua makanan kegemaran anda tanpa sebarang pantang larang. 

Untuk menurunkan berat badan, cara yang akan digunakan ialah melalui shake pengganti makanan. Shake pengganti makanan yang sihat dan berkhasiat ini adalah sesuai dan selamat untuk semua golongan termasuk kanak-kanak, ibu mengandung dan yang menyusukan anak. 

Anda risau berat badan tidak akan turun kerana anda tiada masa untuk bersenam? Jangan risau, anda masih boleh menguruskan berat badan walau pun anda tiada masa untuk bersenam. Dengan menggantikan waktu makan anda dengan mengambil shake sihat ini, anda masih boleh menurunkan berat badan tanpa bersenam. Tetapi, untuk mendapat kehidupan yang sihat, senaman adalah penting untuk semua orang. Saya selalu menggalakkan supaya setiap orang dapat meluangkan sedikit masa untuk bersenam, sekurang-kurangnya dalam masa satu hingga satu setengah jam, tiga kali seminggu. 

Apakah kelebihan shake pengganti makanan? 

Shake pengganti makanan merupakan cara yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Dalam masa beberapa minit sahaja, anda sudah dapat menikmati makanan yang lazat dan menyihatkan. Makanan ini mudah disediakan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, pejabat, atau di tempat awam. 

Dengan shake pengganti makanan, anda masih boleh makan apa sahaja yang anda inginkan dan tetap dapat menurunkan berat. Tetapi kita harus bijak untuk memilih makanan yang sihat untuk dibekalkan kepada tubuh badan kita. 

Kaedah yang digunakan amatlah mudah iaitu dengan menggantikan sarapan pagi dengan shake yang sihat dan lazat ini. Anda boleh pilih untuk makan tengahari bersama-sama rakan di pejabat atau di luar, dan kemudian menikmati hidangan shake untuk makan malam. Rakan-rakan anda tidak akan menyedari yang anda dalam usaha menurunkan berat badan. Dan mereka akan mencemburui anda kerana berjaya menurunkan berat badan walau pun makan nasi waktu tengah hari! 

Sekiranya anda lebih berminat untuk menikmati makan malam bersama-sama keluarga di rumah, anda boleh mengantikan makan tengahari anda dengan shake. Dengan cara ini, anda masih lagi dapat menikmati ‘home-cooked meal’ di rumah dan menikmati saat- saat bersama keluarga di meja makan, tanpa perlu berlapar. 

Dengan shake pengganti makanan, anda boleh menyesuaikan masa pengambilan mengikut keadaan dan keinginan masing-masing. Pengambilan shake ini tidak menyusahkan langsung! Shake ini juga boleh diambil sebagai snek bila-bila masa sahaja anda berasa lapar di antara waktu makan. Ini bukan sahaja mempercepatkan penurunan berat badan, malahan menjadikan badan kekal sihat dan bertenaga. 

0 komentar:

Posting Komentar